Wednesday, April 28, 2010

DIY thank you tag.....

salam... hari ni tetiba rajin nak DIY thank you tag sendiri lepas tengok entry ni.
padahal sebelum ni ai dah ada cerita sikit2 pasal thank you tag ni tapi dulu ingat nak tempah je. kalau tak ingat entry mana, klik sini.

so, ai google dapat la pic damask yang menarik. then dengan kepakaran seco'et (sikit) yang ada untuk guna MS Office Publisher 2007, maka inilah antara hasilnya...kena edit2 lg ni...huhu.



(a)





(b)






(c)



antara 3 design ni, yang mana lagi lawa? huhu




p/s: rasa macam nak DIY bunga telur...tp xdak idea. google..google...huhu

Tuesday, April 27, 2010

dah mula stress.....

stress

huhuhuhu

umah i kaler tema kaler ni

umah u kaler tema kaler tu

baju untuk umah i kaler ni

baju untuk umah kaler pe plak??

oooo

dah dapat..kita pakai kaler ni..

pastu..sape nak mekap i?

bila nak g jumpa OP?

bila nak g cari baju?

bila nak itu?

bila nak ini?



stressssssssssssssssssssssssssss



p/s: kalau la dok dekat.... :(

Thursday, April 22, 2010

fb jadikan dunia makin kecik.....haishhhh

SERABUT

haishhhhhh

apsal la asyik 'terserempak' ngan dak tu je...

seb baik kat fb je...

tp kenapa mesti ada common friend ngan dia????????




argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!





ok. lega.

Tuesday, April 20, 2010

Award 5-Five-KHAMSAH dari cik Dayah......

Salam...

Ai dapat award! eh, belog ai yang dapat award...hehe



award dari cik dayah, kakak ai yang perasan cantik. haha.

nak terima award ni, ai kena:

1) jawab soalan. lagi sekali????
2) kena salin tampal award kat belog
3) kena promot nama orang yang bagi award : cik Dayah
4) kena letak 5-Five-KHAMSAH kat tajuk entry


jom jawab soalan....



1) 5 nama that people call you
~Husna
~Ainul
~Na
~Ainz
~Ayang <--sorang je panggil nama ni.


2) 5 important dates in your life
~10 November sebab besday ai
~1 jan ai jadi tunang encik tunang
~tarikh hari cuti semua penting. haha
~1 Syawal. raya. dapat duit raya.
dapat lagi tak tahun ni?
~18 Dec....insyaallah

3) 5 things that you done yesterday
~makan ikan keli masak kicap
~balik Penang. xbest.
~discuss dengan OP pasal photoshoot. dia bg free shoot utk pre wed. best.
~confirmkan tarikh. done.
~baca belog. bermukabuku n chatting.

4) 5 ways to be happy
~balik kampung
~makan
~tidur
~facebook-ing, blogging..joging..yang last ni tipu.
~keluar dengan encik tunang.

5) 5 favourite movies
~Death Note
~Transformers
~Storm Warrior
~kuch2 hotak ang <--
malu nak tulis tajuk sebenar. haha. cik ainz poyo.
~ape2 boleh la janji ada lawan2 pedang. best woooo


6) 5 favourite hobbies
~makan
~facebooking
~blogwalking
~bergebang
~tengok citer kartun


7) 5 favourite people
~keluarga
~sedara-mara
~encik tunang
~kawan2 baik-pakcik, sepol, wan, napi
~semua yang suka ai...haha


8) 5 favourite place for vacation
~Pulau Tioman. cantik coral kat situ.
~Kundasang. nak ajak bi honeymoon sana la nanti. <--berangan itu indah (tiru ayat xora)
~Genting. sebab encik tunang suka, ai kena suka jugak la. *sengih*
~Jepun. nak tengok bunga sakura.
~kampung ai. haha.


9) 5 reasons you answers the survey
~sebab nak ambil award
~kalau tak jawab xleh ambil award
~cik Dayah rajin je jawab, ai pun kena rajin jugak
~sebab takde keja sementara tunggu paste defrost
~tu jela sebab musababnya. sekian.


10) 5 persons to tag
~cik nad
~pn. xea
~cik su
~cik muna
~cik xora

yeay! dah jawab.
boleh ambil award.
tq cik dayah..nanti bagi award lagi ye. haha.







Friday, April 16, 2010

Tag...dari dayah

salam.
pepagi sampai lab terus berbelog. tengok2 dayah tag ai. huhu. kena jawab lak.

soalan: Sila tulis 30 perkara tentang diri anda.
(tak perlu letak gambar la..malas nak upload)


  1. Nama ai Ainul Husna binti Yahya.
  2. Lahir pada 10 November 1986 hari isnin waktu tak ingat.
  3. Ai ada 3 orang abang 2 orang kakak n sorang adik perempuan.
  4. Ai tinggal di Kampung Luat dengan makngah n pakngah ai yang ai panggil mak n abah since ai baby.
  5. Ai sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Luat. mak ai kerani situ dulu.
  6. Ai first batch kat SMKA Kerian.
  7. Ai dulu budak nakal kat sekolah.
  8. Dulu ai suka menyorok dalam loker kalau tak pergi kuliah kat surau.
  9. Dulu ai gemuk.
  10. Ai memang kuat makan dari kecik lagi.
  11. Sekarang ai dah kurus. betul la. tak caya tanya kawan2 sekolah ai.
  12. Ai lapar.
  13. I love cats. suka gila. kalu boleh semua kucing tepi jalan tu nak angkut balik umah.
  14. Dulu ai ada kucing nama putih. sangat comel dengan mata sebelah biru sebelah kuning. tapi dah mati.
  15. 2 hari ai tak makan sebab sedih putih mati.
  16. Ai suka balik kampung.
  17. Sebab mak masak sedap. cik ai masak pun sedap. ai lapar.
  18. Sekarang ai jadi RA kat food tech department kat PPTI, USM.
  19. Ai nak cari kerja baru kat ipoh.
  20. Ai ada degree in chemistry dari Universiti Sains Malaysia.
  21. Masa USM dapat APEX ai kat semester akhir.
  22. Ai banyak cakap.
  23. Sekarang ai tengah pakai braces. doc tu macam taknak buka je. haishhh
  24. Dulu sebelum pakai braces ai cakap kat kawan2 ai akan jadi sopan bila pakai braces sebab nanti malu orang nampak braces tu, tapi tak pun. tetap suka gelak kuat2.
  25. Ai sangat lapar.
  26. Ai dah tak tau nak cerita apa.
  27. Ha..petang ni ai nak balik kampung lagi.
  28. Esok mak mertua ajak g kenduri.
  29. Ooo..seperti dayah, ai pun rabun. satu family rabun. tapi ai tak teruk sangat. kanan 2.50 kiri 2.25.
  30. Ai nak pergi cari makanan sekarang.

huuuuuuu kena 5 orang pulak. nak tag:

  1. cik nadiatul syafiqah
  2. cik nadia izyan
  3. cik suraini ghazali
  4. cik azlina mohamad
  5. cik muna zarifah
korang lak jawap. aku dah penat, lapar pulak tu. nak makan. nak makan. babai.

Thursday, April 15, 2010

yang ni salah kot...

maaf. maaf. maaf.
tu je yang boleh cakap kat sape2 yang pernah tinggalkan komen kat cbox ai.
bukan ai delete komen2 uolls tu.
aritu cbox bengong,
kena wat baru.
pastu komen2 tu hilang.
ai xreti macam mana nak buat bagi komen tu tak hilang.
huhu.
maaaf ye.

salah ke?

salam kepada semua yang sudi jenguk sudi singgah sudi baca belog ai. ai nak tanya la.. salah ke kalau ai nak buat preparation awal untuk wedding ai? tak boleh ke? kenapa ada yang sibuk cakap 'eh, ko nak kawen akhir tahun kan? awalnya nak prepare. awalnya nak cari baju. awalnya itu. awalnya ini.' haishhhhh.

kalau tak mula dari sekarang, bila lagi? nak cari baju bukan senang. baju nikah ai nak tempah. nak kena cari design yang sesuai lagi. nak kena cari tukang jahit yang boleh jahit baju tu mengikut bajet ai. nak kena cari kain lagi. ni lagi susah. bukan senang nak cari kain yang cantik kalau pakai jatuh elok je kat badan tapi harga mampu dengan bajet ai.

tu baru baju nikah. baju untuk resepsi tu kena cari jugak. yang ni lagi satu masalah. bukan senang nak cari baju sesuai dan kena dengan selera. dah la ai ni kurang berselera dengan baju2 pengantin ni. kalu boleh ai nak sewa je baju tu tapi nak baju baru. tak nak baju yang orang dah pernah pakai. tengok, betapa demand nye ai. sebab tu semua perlukan masa. kalau la duit ai berkoyan-koyan boleh la jumpa je encik peshen designer yang memang best macam rizalman ibrahim tu. cakap je ' ai nak baju kawen. tema sekian2..warna sekian2..u buatkan ye.' huh.

op pun kena tempah awal. kalau tak, buatnya penuh orang book time tarikh tu, meroyan lak nak cari op lain. nak cari op pun bukan senang. nak kena tengok gambar2 yang dorang penah shoot dedulu. lawa ke tak. kena dengan selera ai ke tak. harga mampu ke tak mampu. kena ambil kira semua tu. nak ambil kira semua tu ambil masa kak oi!

tukang mekap pun kena cari dari sekarang jugak. nak kena tengok hasil2 kerja dorang yang lepas. berapa harga dorang ambil. kena buat bajet tu. ambil masa jugak.

ni baru yang tu. belum lagi nak fikir pasal favors untuk tetamu lagi. ha..satu lagi. pelamin! tu pun belum survey lagi. nak design macam mana. ala2 kat singgahsana raja ke moden ke tradisional ke. huh. penat otak ai pikir.

untuk sampai ke hujung tahun tu tinggal lebih kurang 8bulan. bukannya lama. sekarang ni masa berjalan laju je. kalau lambat memang kena tinggal. masa bukan boleh nak gostan ni.



p/s: sabtu ni nak ikut encek tunang ngan bakal mak mertua g jumpa tukang mekap-alang n nanti nak jumpa op-lukman

Wednesday, April 14, 2010

Pak Husin punyer kolam udang....

Pak Husin ada kolam...
ea ea ooo....
(nyanyi cam lagu 'pak mamat ada kebun')

Pak Husin ada kolam udang. besar punyeeeeee. bukan Pak Husin je ada kolam udang, orang2 kampung Pak Husin pun ada kolam udang jugak. udang ape? udang galah. udang ape? udang galah. udang ape? kau ape kes tanya banyak2 kali? penat ai jawab. haishhhh.

Projek udang galah ni dibantu dan dipantau oleh pihak Peladang. pihak Peladang akan memberikan benih udang dan makanan udang secara percuma kepada sesiapa yang baru join projek ni. untuk yang kali kedua dan seterusnya, guna modal sendiri la dari hasil jualan udang sebelum tu.


ni kolam Pak Husin sebelum ada air dan benih udang...




dalam ni ada banyak udang....

udang galah ni dibela selama lebih kurang 4 bulan sebelum dijual. setiap kolam akan dituai sebanyak 3 kali sebelum kolam dikeringkan sebelum benih baru dimasukkan.

11 april aritu, Pak Husin menuai udang galahnya buat kali pertama. sangat banyak. ada la dalam 100kg! udang dijual dengan harga rm33/kg kepada peraih yang datang. ' lepas la buat pusing modal.' kata Pak Husin ketika ditanya oleh penulis.




udang Pak Husin




ni la Pak Husin. Sape Pak Husin? ni la abah cik Ainz. *sengih*




ni....bakal menantu Pak Husin..tunjuk rajin. *sengih*
jangan la bi baca belog ai nih....


p/s: nak makan udang segar dari ladang datang la umah ai... *sengih*

Tuesday, April 6, 2010

dah jumpa....

petang tadi, lepas balik kerja ai pergi tesco
tujuan utama nak bayar bil berukband
kemudian
cik kawan cakap nak beli ikan
ai ikut je
sambil-sambil tu usha gak kot-kot jumpa white paper bag macam kat my previous entry tu
tadaaa...
JUMPA!!!
harga????
lebih murah!!!!!!!!
wah..kalau mak setuju dengan paper bag tu, ai beli kat tesco jelah..


hm..konon-konon nak teman cik kawan beli ikan je, lastly ai TERbeli roti dengan koko crunch. padahal banyak je lagi makanan kat rumah. uhh..sangat tersa seperti budak-budak makan koko crunch tu. tapi ai comey macam budak-budak je. sila abaikan ayat perasan itu.



p/s: dah jumpa design baju nikah yang berkenan di hati. tapi masalah sekarang, banyak sangat design yang ai suka. masalah.

Monday, April 5, 2010

pencarian bermula...




wahhhh.....

uhhhhhh....

huuuuuuu.....

(bunyi-bunyi di atas adalah bunyi-bunyi kekaguman)
buruk tol perangai kau ainz..haishhhh


se-ofis hour abaikan ayat gagal bahasa ini di lab, sambil-sambil siapkan PO, ai menggodek belog2 B2B jugak belog2 vendor. saja mencari idea. ai over excited sebenarnya. encik tunang macam dah setuju dengan tarikh yang ai cadangkan untuk majlis kitorang. lap u encik tunang. poyo


mula-mula survey doorgifts untuk tetamu...



cadang nak bagi kat orang ramai @ orang kampung yang ni.



ai jumpa kat sini. tapi bukan la kosong macam ni. nanti tambah thank you tag macam ni.




atau macam ni.....




kat tag ni nanti boleh tulis nama ai dengan encik tunang. lepas tu boleh la ikat riben kaler biru ke kan...biar paper bag murah, yang penting isi dalam beg tu. kan?

suka jugak paper bag ni.



tapi masih tunggu quotation dari sini.

so, untuk orang ramai dah ada dua pilihan. harap2 mak setuju. hmmm..


untuk rombongan lelaki mungkin bagi kotak ni. tapi kena deco dulu la. letak riben sikit, mesti lawa.


kotak ni jumpa kat ole-ole manis.

boleh buat isi telur + kuih bahulu ke..apa2 pun boleh la. lepas tu letak thank you tag macam kat atas tu. ha, mesti lawa kan?


untuk kawan-kawan bagi paper bag yang kedua tu cam ok jugak kan? kalau nak spesel sikit, letak isi lain sikit daripada orang ramai.... *sengih*


untuk budak-budak bagi lollipop je. tak pun gula-gula je. senang.



lawa la pulak lollipop ni. bukan budak kecik je suka, budak beso cam ai pun suka. *sengih*





p/s: tengah pening cari design untuk baju nikah.