Tuesday, July 13, 2010

entri campur aduk...

salam semua...

wahhh...dah berabuk+bersawang belog ai neh. dah lama ai tak datang menyapu sambil membebel kat belog ni. ai agak sibuk menyibukkan diri yang sememangnya sibuk ni dengan banyak benda.

yela, mana tak sibuk. bos nak pencen, segala harta benda geran nak kena serah kat pihak pusat pengajian. segala barang nak kemas nak kena basuh nak kena cuci. segala chemicals, apparatus ngan equipments nak kena buat inventory. 'RA dulu tak buat keja ke? inventory pun takdak memang menyusahkan ai lah..haishhhhh' itu la ini la.

walaupun sibuk macam mana pun, ai sempat jugak berjalan-jalan bersuka-ria kat belog orang lain. tapi sekadar baca cerita orang nampak sangat ai neh suka jaga tepi kain orang sebab ai pakai seluar tu yang tak boleh jaga tepi kain sendiri =p tapi tak tinggal komen pape pun. belog sendri sign in pun tak. *sengih*

dah la...intro je pun dah melalut panjang. mesti awak-kamu-anda-u dah bosan kan? pedulik hape haku belog haku. hahaha.




Entri satu: Meraikan cinta cik kezen @ Zaini Akhtar Mohd Zahudi

sebulan lepas (19 jun 2010), kezen ai cik zaini akhtar dah selamat bertukar status dari cik ke puan. kezen ai ni anak pak pandak adik mommy n mak ai. cik zeni selamat bertukar menjadi mrs. yusuf pada 18 jun 2010.

majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada keesokkan harinya (19 jun) di dewan gerik (ai pun tak berapa pasti nama dewan tu. ai bantai je..haha). warna tema = ungu @ purple.

kami nampak ungu....



separuh daripada sepupu-sepapat yang ada..


majlis resepsi sebelah lelaki diadakan pada 20 jun 2010 di rumah pengantin lelaki di gerik juga. warna tema = hijau pucuk pisang.

ai panggil dorang pengantin pokok pisang. betul la kan..dah kata hijau pucuk pisang.. *sengih*





Entri dua: Bunga dip....Cubaan ke-2 dan ke-3

ai tak berapa rajin nak cerita panjang2. bukan ada orang nak baca pun. layan jela gambar tu...



ni cubaan kedua...







ni cubaan ketiga........



tak tau la tercapai ke tak cita2 nak buat bunga telur guna bunga dip ni. cam hangat2 taik ayam je dah ni. huhu. harap2 berjaya la. kalau tak jadi bunga telur pun, jadi bunga untuk hias hantaran pun ok je. usaha lebih!!!

Wednesday, June 16, 2010

percubaan pertama..bunga dip



salam..

malas nak cerita panjang. nak tunjuk bunga dip yang ai buat malam semalam. ni kira first trial la. sila abaikan pemandangan yang kurang menarik sebagai latar belakang gambar tu.



nanti nak pergi cari qdip kaler biru pulak la. yang transparent dan shining macam daun tu. qdip kaler pink yang ai guna untuk bunga tu sangat tak best sebab sangat pekat dan kaler dia tak transparent macam kaler hijau tu. berusaha lagi! dah habis cerita. babai.

Tuesday, June 15, 2010

selamat pengantin baru suraya&nizam juga wahida&azman

salam semua.....

sekarang ni kan cuti sekolah. cuti sekolah = musim orang kawen. 12 jun je ai ada 6 jemputan kenduri. tapi ai sempat pergi satu kenduri je.

ai pergi dengan encik tunang. mula-mula kitorang serbu rumah suraya (schoolmate masa kat SMKAK) di Padang Rengas. kat san dapat la jumpa mas, ayu, ada dan che pah. lepas makan, wan, soros, anuar, phat and amar sampai. pengantin lelaki, nizam (schoolmate masa kat SMKAK jugak) sampai lebih kurang pukul 1.

masa pengantin sampai, kitorang tak tengok pun. ralit bersembang. maklumlah dah lama tak jumpa kawan2 lama. masa pengantin dok bersanding kat pelamin barulah kitorang pergi jumpa sambil menyibuk nak ambil gambar sama.

dari kiri : mas, che pah, ainz, nizam, su, ayu, ada
gambar: dari pesbuk cik mas


lepas dah siap bergambar dan bersalam dengan pengantin, kitorang bergerak ke Semanggol pulak untuk meraikan sepasang lagi pengantin baru, wahida&azman. wahida tu schoolmate ai masa kat SMKAK jugak.

sampai je kawasan Simpang,Taiping, hujan turun dengan sangat lebat. tetiba kereta encik tunang buat hal. enjin mati. tak boleh nak hidup. waktu tu jam dah pukul 2 lebih. hujan lebat mencurah-curah. nasib baik encik tunang ada kawan kat Taiping. kami minta bantuan kawan encik tunang panggilkan mekanik.

sempat bergambar sementara tunggu mekanik masa hujan dah reda dan mood masih baik..huhu


lama jugak kitorang berdua tunggu, baru mekanik sampai. dia datang cek kereta. katanya fuel pump rosak. dia balik ke bengkel nak ambil fuel pump baru. ambil masa lagi. bila dah siap tukar fuel pump, jam dah pukul 5.

ni la benda alah fuel pump yang kena ganti tu.
sumber: pakcik google


bila kereta dak ok, kawan2 ai yang pergi kenduri wahida semua dah balik. ai pun dah takde mood nak pergi kenduri. ai sebenarnya kecewa sebab xdapat jumpa kawan-kawan lama. memang sedih time tu. mana taknya, dari hari jumaat tu ai dah excited nak jumpa kawan2 lama. masa kenduri ni la boleh jumpa pun. masa lain semua sibuk. semua dah berterabur. ada kat penang, ada kat kl, ada kat ipoh, merata-rata. mood tak baik. terus ajak encik tunang balik. =(




p/s: dengar cerita diorang jumpa ramai ex-SMKAK kat kenduri waed. jugak sempat singgah ke rumah cikgu lepas kenduri. sangat sedih. sangat kecewa.

Friday, June 11, 2010

cita-cita yang mungkin tak kesampaian

salam....
dari semalam ai sibuk menggodek pakcik google. konon-konon nak cari gambar-gambar centerpieces yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk menghias meja makan beradap untuk majlis ai nanti. cantik-cantik.



sumber gambar: pakcik Google

letak dua gambar je sebab malas nak upload kat beloq banyak2. internet kura-kura ni sekarang ni.huhu


memang teruja tengok gambar-gambar tersebut. rasa macam nak buat semua je sebab tak tau nak pilih yang mana. hehe.

sampai pagi ni pun ai sibuk menggodek pakcik google sambil menggodek makcik science direct mencari paper. huishhh. sangat sibuk jari jemari ai menekan papan kekunci dan tetikus kelabu ni.

tiba-tiba ai tersedar dari mimpi indah. macam mana nak letak centerpieces kalau lauk penuh semeja? kenduri melayu ala kampung ni bukan pesen lauk sikit-sikit. ok. kalau makan ala buffet boleh la. tapi ai dah tau dan dah yakin sangat dah mak ngan abah mesti buat cara hidang. lagipun bagi ai, buffet tak best sebab tak meriah. mungkin ai beruntung duduk kampung, masih ramai tenaga kerja untuk mengangkat hidangan-pinggan-gelas-air-air basuh tangan segala.

pesen lauk penuh semeja ni bukan untuk orang ramai je. meja pengantin dengan tetamu rombongan sebelah lelaki pun mungkin penuh semeja. hmmm..kalau dapat meja bulat, mungkin la boleh letak centerpieces kecik comel. tapi untuk meja pengantin mesti meja panjang. macam mana ye? kena letak centerpieces kat hujung meja. tu dah tak panggil center dah tu. haila....fenin..fenin...

Thursday, June 10, 2010

bunga dip...

salam...
pagi2 tadi sempat berjalan-jalan di blog pengantin baru, pn.faradiba. tetiba nampak handbouquet puan pengantin yang cantik. menarik dan cantik. dan yang paling best, puan pengantin DIY handbouquet tu guna bunga dip.


handbouquet-dip flower kepunyaan pn.faradiba


tapi disebabkan ai ni agak buta dalam bab2 bunga dan segala craft ni, bunga dip pun ai tak tau. walaupun ada gambar, tapi masih tak dapat nak bayangkan macam mana bunga dip tu. so, ai pun memulakan aktiviti menggodek pakcik google secara bersungguh-sungguh. hasilnya..tadaaaaa. ai jumpa belog cik kak nurul aziyana. dia ada buat entry cara2 nak buat bunga dip. sila klik sini kalau nak tengok.

tapi takat tengok macam tu mesti macam susah nak faham kan? jadi dengan penuh kerajinan ai pun terus mencari. kali ni ai menggodek cik youtube pulak. jumpa. ni dia.....klik sini la ye.

nanti ai nak try buat la. kalau menjadi, boleh la mintak approval kat mak untuk buat handbouquet. dan kalau sempat boleh buat bunga telur untuk pihak lelaki jugak. wahhh..tingginya angan2. hehehe


p/s: tengah mencari contoh centerpieces yang sesuai dan berkenan dihati untuk hias meja makan beradap nanti.

Wednesday, June 9, 2010

hujung minggu di rumah...part 2

salam....

hujung minggu lepas, cik ainz melepakkan diri di Ipoh lagi. Mama encik tunang ajak datang sebab ada kenduri sedara. aculid (makcik encik tunang) cakap kena pergi sebab nanti dorang (tuan kenduri yang ai kena attend tu) taknak datang kenduri ai ngan encik tunang. huhu. macam tu ke? mummy ai pun selalu cakap macam tu kalau ai asyik negelat taknak attend kenduri..'pergi jela kenduri tu, nanti depa taknak datang kenduri hang pulak....'

walaupun tujuan sebenar pergi Ipoh untuk attend kenduri sedara encik tunang, sempat jugak la kitorang tengok cerita lagenda budak setan malam ai sampai tu. tu pun tengok mid-nite show.

hari sabtu, ada 3 kenduri. 1 kat belakang rumah, 1 dekat sebelah rumah (selang 2-3 bijik rumah) n 1 lagi dekat kampung Kolam. hmmm..kena plan rumah mana nak pergi dulu ni.

mula2, kita serang rumah belakang dulu. encik tunang taknak pergi sebab ada 'kisah' lama ngan cik pengantin kot. hehehe. ai pergi dengan mama, ila n adik.

sunyi. sepi. kenduri tu. senyap je. takde budak2 bising. takde pasang lagu. takde orang ke hulu ke hilir jemput tetamu makan. sunyi. hmm..sibuk la ko ainz. mungkin tuan rumah lebih suka suasana sunyi-sepi-nyaman macam tu kot. serabut kot kalau bising2. lagi serabut kalau ada orang asyik dok menyanyi tak henti2 walaupun orang lain dah rasa nak bernanah telinga dengar suara dia.

lepas makan ala kadar sebab nak simpan ruang untuk isi makanan kenduri lain pulak kat kenduri belakang rumah, kitorang balik. opss..lupa lak, pengantin perempuan namanya Huda.

kenduri seterusnya, kenduri dua pupu kupu-kupu mama. haishhh ai pun konpius bila masuk bab pangkat ngan hubungan dalam keluarga kalau dah melibatkan keluarga jauh ni. kalau tok mama ngan tok pengantin tu adik-beradik, mama ngan pengantin tu? dua pupu la kan? hmmm..balik kampung nanti tanya mummy la. mummy terer bab2 ni. *sengih*

sampai je kat kampung Kolam tu, nampak family mak nija, aculid ngan mak ta'a dah nak balik. kat kenduri tu meriah je sebab ada pakcik tu nyanyi. tapi ada satu lagu tu pakcik tu tak lepas nak tarik suara. ai suruh encik tunang ganti pakcik tu nyanyi, taknak la pulak. malu la konon....

lepas makan, jumpa tuan rumah sat, terus balik. sebelum balik, tuan rumah bagi paper bag isi kerepek, muffin ngan telur. mama ngan ila je dapat. kenapa ai tak dapat? tak aci...huhu


dari kenduri terus pergi beli tiket ai nak balik penang hari ahad tu. balik tu singgah rumah yang cik (moyang sedara encik tunang @ tok pengantin kampung kolam). yang cik sakit.

lepas mama ngan abah dah balik rumah, kitorang plan nak pergi berkelah kat pasir panjang kat mana ntah. tapi semua plan tak jadi sebab yang cik meninggal dunia. Innalillah...


p/s: petang sebelum balik penang sempat tengok tapak rumahku syurgaku
:)

Monday, June 7, 2010

demam jugak akhirnya...

salam...
hari ni ai demam...
pagi semalam lagi sebenarnya encik tunang cakap ai demam
sebab badan ai panas
tapi ai kata x
ai ok je....(ai memang macam ni...asyik rasa badan ai sihat je)
sebelum balik dari ipoh semalam pun encik tunang dah cakap ai demam
ai tetap cakap x..
tapi pagi tadi
rasa badan makin panas
kepala rasa berat je
badan rasa lemah je
sah..dah demam
huhuhu



hmmm...telan panadol je la..malas nak g klinik sebab kena jalan kaki..