dari semalam ai sibuk menggodek pakcik google. konon-konon nak cari gambar-gambar centerpieces yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk menghias meja makan beradap untuk majlis ai nanti. cantik-cantik.
sumber gambar: pakcik Google
letak dua gambar je sebab malas nak upload kat beloq banyak2. internet kura-kura ni sekarang ni.huhu
memang teruja tengok gambar-gambar tersebut. rasa macam nak buat semua je sebab tak tau nak pilih yang mana. hehe.letak dua gambar je sebab malas nak upload kat beloq banyak2. internet kura-kura ni sekarang ni.huhu
sampai pagi ni pun ai sibuk menggodek pakcik google sambil menggodek makcik science direct mencari paper. huishhh. sangat sibuk jari jemari ai menekan papan kekunci dan tetikus kelabu ni.
tiba-tiba ai tersedar dari mimpi indah. macam mana nak letak centerpieces kalau lauk penuh semeja? kenduri melayu ala kampung ni bukan pesen lauk sikit-sikit. ok. kalau makan ala buffet boleh la. tapi ai dah tau dan dah yakin sangat dah mak ngan abah mesti buat cara hidang. lagipun bagi ai, buffet tak best sebab tak meriah. mungkin ai beruntung duduk kampung, masih ramai tenaga kerja untuk mengangkat hidangan-pinggan-gelas-air-air basuh tangan segala.
pesen lauk penuh semeja ni bukan untuk orang ramai je. meja pengantin dengan tetamu rombongan sebelah lelaki pun mungkin penuh semeja. hmmm..kalau dapat meja bulat, mungkin la boleh letak centerpieces kecik comel. tapi untuk meja pengantin mesti meja panjang. macam mana ye? kena letak centerpieces kat hujung meja. tu dah tak panggil center dah tu. haila....fenin..fenin...
No comments:
Post a Comment