Thursday, December 10, 2009

preparation yang zero

warghhhh....tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. apa pun xsiap lagi..macam mana ni? sempat ke semua settle dalam masa xsampai 3minggu ni? aci tak kalau postpone je? tapi..tak nak la lambat2. tak sabar dah ni... <---- ayat gatal nak bertunang dari cik ainz (^-^)

baju...jumaat ni, eh esok la..baru nak pi cari kain dan meredah cari tailor yang sanggup jahitkan baju impian aku. dalam otak geliga aku ni dah ada tailor yang bakal menjadi 'mangsa' aku itu pun kalau nyonya tu sanggup... tolong la nyonya...saya nak bertunang ni.. <----ayat untuk merayu nanti kalau dia cakap 'aiyaa,lu mau cepat ka? tak sempat ma...'

nak tau tak macam mana baju impian cik ainz kita ni??
.
.
.
.
.
jeng.
.
.
.
jeng
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
haha...scroll bawah lagi la =p
.
.
.


lawa tak?? =) lawa kan? tambah lak kalau aku yang pakai... <---ayat tak bleh blah... =p ala, hantaran pulak....pening,pening.. bila nak siapkan pun xtau, sebok keja neh. plan sekarang, orang sana bagi 5, orang sini balas 7. berikut adalah senarai hantaran sebagai balasan :
  1. sireh junjung ~ my kezen yang akan buat.. kezen, kalau ko xnak buat, ko jgn balik kampung, padan muka ko xdak kampung dah..hahaha. aishhh...sy dah mengarut.... =p
  2. kek ~ en.biskut nak secret recipe.. helo,kat lenggong pekan kecikku terchenta ni mana da secret recipe...
  3. buah ~ bagi pisang je aci tak? elok untuk en.biskut yang tengah mengamalkan diet yang kurang berkesan tu....haha. ops..ampun en.biskut, ter....kutuk lak.. =p
  4. biskut bentuk luv kaler pink ~ tak tau apa nama biskut neh. nak buat sendiri la. sekali-sekala kena tunjuk kat en.biskut, ai pun tau buat biskut=cookies jugak.
  5. coklat ~ yu jgn mkn ye en.biskut, yu kata nak diet. ngeh3x
  6. pulut kuning ~ wajib mak aku kata. hmm..nak cari acu bentuk hati gak...
  7. last, yang mak aku mesti kata wajib gak....garam n gula sebab melambang pahit manis kehidupan. tapi, garam tu masin, so masin manis kehidupan lagi seswai kot...hehe
jemputan...aku jemput kawan2 yang aku rasa nak jemput je. ala, baru nak bertunang, kawen nanti insyaAllah aku jemput semua yer kawan2.. =)

tentatif program...yang ni aku tak berapa pasti. kena tanya org sebelah sana pukul berapa depa boleh terpacak depan umah aku.

menu...mak aku uruskan. aku malas nak amek tau. mak, wat menu beshhhh tau... =) sebut menu, ingat makanan. ingat makanan, teringat kupang yang dinanti. dah sampai ke belum eh? nak pi tengok sat la......

No comments:

Post a Comment