Sunday, January 31, 2010

jalan2 hujung minggu

hujung minggu baru2 ni cik ainz balik kampung. konon2 nak pi snorkeling kat kolam udang abah cik ainz, tapi tak jadi. :p <---ayat untuk menambah perisa cerita.

hari sabtu, mak abah cik ainz ajak pergi buang duit dekat kuala sepetang @ port weld. <---ayat untuk menambah perisa cerita lagi.




encik abah nak beli pukat untuk buat pagar keliling kolam udang sebab kolam udang telah diserang secara dasyat oleh keturunan memerang. haishhh....kesian bapak ai. tiap2 malam kena men polis sentri eh silap...kena pergi meronda kat kolam, men kejar2 ngan memerang.. :p


pokok2 bakau sepanjang jalan ke port weld


sebelum pergi beli pukat, ai, mak ai, ngan abah ai pi makan mee udang mak jah yang dah masuk tb tu. tapi disebabkan tekak cik ainz tak berapa boleh terima mee kuning tu, cik ainz order kue teow udang. udang banyak2..besaarrr punyaaaaaa... tak percaya? tengok bukti la..




ni yang biasa..kalau yang spesel lagi banyak udang...





tgk la abah ai makan, tak tengok dah kiri kanan..






ni mak ai...sama la,ralit je kopek udang..







udang terakhir.....tq bapakku kerana sudi melayan kerenah anakmu yang sibuk nak posing tima makan... *sengih*






lepas makan, kitorang pergi pekan kuala sepetang. jalan2 lepas beli pukat, cik ainz jumpa ni...
.
.
.
.
.
.
signboard stesen keretapi port weld 1885





alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. alang-alang pergi port weld, marilah kita cari seafood yang segar dari ladang.. *sengih*





view dari jeti...






ni pun view dari jeti...

masa ni, mak cik ainz tengah menyibukkan diri memilih ketam2 segar..murah2, sekilo baru rm 10. mak ai cakap, kalau kat pasar, sekilo rm16.




selepas beberapa lama memilih, dapat la lebih kurang 3 kilo! kenduri ketam la balik rumah nanti... *sengih*


p/s: cik ainz dah jumpa knife untuk rubber carving. tapi takdak la sama macam dalam blog mangosteen tu. nanti next entry ai tunjuk my first hand carved rubber stamp eh'

Friday, January 29, 2010

menghairahkan...sungguh

haha....tajuk entry yang-macam-tah-pape. hehe..

tapi betul, sangat menghairahkan la cupcakes n cakes yang cik ainz jumpa ni. yang paling best, semua ni ada kat ipoh. yang cik ainz suka sangat ni, nanti boleh la cik ainz tempah untuk majlis yang ntah bila tu. kakak cik ainz selalu dok citer kat sana (kl, umah mak kitorang yang setahun sekali cik ainz pergi) ada orang buat cupcakes shantekkk... lepas ni, cik ainz pun boleh cakap... ala..kat ipoh pun ada. shantekkkk jugak. haha *sengih*



yang 1st, ni ha... sis linda . ni antara hasil kekreatifan beliau...



pinky-white-cutie cupcakes




yang ni pulak kek kak diba



syantekkan? sangatttttt... *sengih*




pastu ada feena . dia ada buat kelas basic cupcakes. boleh la sapa2 yang minat tu, boleh la join.



kek rasanya macam dah jumpa...cik ainz nak meneroka alam maya lagi, nak survey kedai kawen...haha <---overexcited tul budak ni, padahal tarikh pun belum decide lagi. (^-^) tapi, tak salahkan survey siap2, nanti takde la kelam kabut baru nak surf-cari-survey segala. nasib baik ada celcome berukband ni (promote sket), boleh la berchenta ngan lappy+internet sesuka hati sesuka masa...*sengih*

nak lari tajuk sat, kenapa ye berukband 2-3-4-5 hari ni asyik connect-disconnect-connect-disconnect je? sakit hati betoi la....





p/s: kalau sapa2 tau kedai2 kawen kat area ipoh-tepeng-kuale yang best2, bagitau la cik ainz ye....

Thursday, January 28, 2010

xxx Teruja xxx

cik ainz nak post jugak entry ni walaupun dah ada entry lain untuk hari ni. ai, cik ainz sangat excited macam budak-budak dapat cekelat kopiko 2 bijik sekupang tu. *sengih*

kenapa cik ainz teruja? nak tau ke?


tengok ni...
.
.
.
.
.
.
sini
.
.
.
.
amacam? teruja tak? ke anda-korang-awak semua masih tak dapat tak nampak benda yang buat cik ainz teruja?
.
.
.
hand carved rubber stamp!!!

atau orang kampung cik ainz panggil..
.
.
.
.
.
cop getah ukiran tangan <---betul tak cik ainz translate?
anggap je betul, asal paham sudahhh :p




walaaaaa...sayer sangat sangat kagum dengan beliau...sayer rasa, saya nak belajar jugak la buat benda alah tu. sangat sangat sangaaattt menarik...

mula2, kita cari sifu dulu. biasa la kan, nak belajar eja b.o.l.a masa kecik-kecik dulu pun kita cari orang suruh ajar kan...jom cari sifu....



tadaa....





dah jumpa... *hepi*
.
.
.
Geninne Zlatkis

menarik dan nampak cam senang je kan? nak cari kedai yang ada jual cutter n segala tools tu la..mana nak cari ye? ada idea tak?




p/s: kalau dah dapat segala tools ni, cik ainz nak buat sometin' utk encek tunang la... (^-^)

entry xde tajuk...


haishhhh..bosan la keja hari ni. dari tadi asyik ngadap inventory je. dah la chemical+solvent+appartus pn.bos ni sangat banyak. sangat penat meneroka kabinet-yang-penuh-dengan-chemical segala. last2, cik ainz serahkan tugas meneroka tu kat cik aya, cik ainz nak key in data je dalam excel.



boleh gak sambil menyelam minum air. tapi sebab sekarang bukan menyelam tapi mengadap 'bukunota' hp tersayang boleh la cik ainz godek2 mukabuku sambil tulis entry ni..hehehe *sengih*

tiba2 terfikir.....


best kan kalau ada kereta sendiri..boleh pergi mana sesuka hati sesuka masa tanpa perlu tunggu orang lain (kawan@pakcik teksi@student yang buat khidmat penghantaran). hari ni kena hantar sampel kat ipp, keta free kul 3 petang. lambat lagi....huhuhu

uhuuu..cik ainz nak kena mengadap pn.bos sekarang...pergi dulu. daa....

p/s: belog cam dah serabut ngan entry2 tah pape..tp..ni belog cik ainz sukati cik ainz le nak letak entry ape pon kan? kan? semua setuju?? bagussss.....

Tuesday, January 26, 2010

U..

yu..ai rindu yu la...
.
.
.
.
.
.
cik ainz rindu encek tunang...
huhuhuhu
.
.
.
.
.
.
.
.



jom gi dating... *sengih*



Sunday, January 24, 2010

berpoya-poya

semalam Cik ainz pergi berpoya-poya dengan kawan cik ainz, cik hajau n junior2...

kitorang melawat tempat bersejarah di penang...huh, sejak bila pulak cik ainz rajin melawat tempat sejarah ni? hmmm...sejak bosan duk umah-tokey-ciner-yang-cik ainz-sewa time weekend...daripada takde aktiviti menarik selain tido-makan-men mukabuku-baca belog orang-makan-tido, baik cik ainz ikut depa jelajah tanjong (nama lama kat area georgetown).

kitorang bekfes kat subaidah,usm dulu...perut kena la bagi penuh dulu sebelum berjalan, baru ada tenaga.. :p ambil bas dari sg.2 terus ke jeti. dalam bas tu adala pulak kejadian yang menyakitkan hati..nanti la cter kat post lain. dari jeti, kitorang naik bas Free CAT (Central Area Transport) sampai muzium negeri. mari kita melawat muzium ye anak-anak...hehe

bas Hop On Free CAT

gambar dalam muzium xdak sebab pak cik guard kata xboleh ambil gambar dalam muzium. huhu... dari muzium kitorang jalan gi padang kota. sempat pulak singgah kat dewan sri pinang, melawat kawan cik hajau (cicak besau kaler hijau) <---tetiba cik ainz lupa nama binatang tu. haaa...iguana..ye, iguana kawan cik hajau..haha

dah penat posing2 maut tak maut, mari kita pergi ke destinasi seterusnya, padang kota. makan pasembor + abc...besh tak best sangat la..sedap lagi abc mummy n daddy ai buat...huhu penat dah menaip...layan jela gambar2 ni...




cik junior (sue), cik hajau n cik ainz...





cik ainz kat tepi laut..sanggup terjun tembok kat padang kota nak pose tepi laut ni... *sengih*





cik hajau dengan gaya gediksnya...dia pon sanggup terjun tembok sambil buat muka tembok posing kat sini..hehe



dari padang kota, kitorang pergi fort cornwallis. jangan la gelak...tau la cam lawak je g melawat situ, tapi kan tadi cik ainz dah mention...hari ni adalah hari melawat tempat2 sejarah... :p



berposing sakan dengan uncle fracis light...nampak tak muka cik ainz teruja dapat amek gambar ngan uncle francis ni? *sengih*



cakkkkkk...

dah habis cerita....cik ainz pergi dulu...jumpa lagi lain kali. daa.....



p/s:kesian wan xdak dalam gambar sebab terpaksa jadi lelaki kamera@ cameraman..tq wan.. :)

Thursday, January 21, 2010

aku mengganggu ke?

hmmmm....pelik la dengan orang sekarang ni. bila kita cuba nak buat baik, dia anggap kita ada niat jahat pulak. salah ke kalau aku nak kenal ngan dia? jadi kawan dia? dia kawan en.tunang, so nanti jadi kawan aku jugak. ada masalah ke kalau aku cakap aku nak kenal2 ngan kawan2 en.tunang???

Tuesday, January 12, 2010

........

Ya Allah, berilah aku kekuatan..
Untuk menghadapi semua dugaan ini...
Semoga segala yang dirancang menjadi nyata...


~mood tak berapa nak stabil~

Friday, January 8, 2010

cuba menepati janji....

Cik ainz cuba menepati janji. Nak tayang gambar hantaran..tapi kali ni cik ainz cuma tayang hantaran dari belah cik ainz untuk encik tunang je...hantaran daripada encik tunang, next post la yea.. (cara2 untuk me'ramai'kan bilangan entry di belog..) (^-^)

Macam biasa la, biarkan gambar berbicara... *sengih*




Sireh junjung yang cik miza buat...disebabkan nama dia sireh junjung, sireh jela yang banyak, kalau bunga banyak, nanti orang tak panggil sireh junjung dah, orang panggil bunga junjung lak.. *sengih*




sumi yang dibalut dengan span...mak ai yang buat..
tq mummy... <--kadang2 bler rasa ngada2, ai panggil mak ai mummy..




biskut...yang petak2 tu mak faizah sponsor. yang bentuk hati telah dicuri oleh encik tunang tu, ai yang buat sendri tau..dengan penuh bersungguh-sungguh. agak2 bakal mak mertua terharu x? *sengih*




biskut lagi.....mak fauziah @ mak yang ai kadang2 panggil mummy tu tempah kat orang kampung sebelah2..
(ai tulis sebelah2 sebab kampung tu bukan betul2 sebelah kampung ai..)




kek coklat yang memang lembap macam bukit larut...ada kena mengena ke? bukit larut kan tempat paling lembap..itu la kaitannya = lembap. :p
ini kek sampingan je...yang besau xsempat snap..huhu




pulut kuning...bentuk topi, leh pakai kalau nak pegi kebun..




daging masak apa pun ai tak tau...boleh dimakan bersama topi di atas....




pisang....yang pisang masak tu ada gula, yang muda (walaupun dalam gambar nampak biru) tu ada garam....garam dan gula. Lambang pahit manis masin kehidupan kot..ilmu tak berapa cukup nak terangkan maksud hantaran2 ni...




bahulu ikan...ce tengok, siap ada mata lagi. si tembam farisha siap main cak cak dengan ikan ni. konpius betul la..




biskut lagi lagi......yang atas ni ai panggil semperit putih tapi orang lain panggil bunga cina. yang bawah lak biskut kusai buatan mummy ai..
mummy cakap bagi banyak2 sebab family encik tunang ramai. kalau bagi sikit, nanti depa dapat makan sikit je, kesian..baik tak mummy ai? *sengih*

Sebenarnya ada lagi hantaran ai untuk encik tunang, tapi tak sempat snap semua. ai diculik untuk ditempek mekap tebal tanpa sempat men'snap' gambar2 semua hantaran..nak bagitau jaugak, ai yang hias sumer hantaran ni tau...berbakat kan ai ni... :p

kenapa semua makanan? sebab encik tunang suka makan...haha. Jawapan sebenarnya..sebab cik ainz dan encik tunangnya malas nak fikir+tak sempat nak cari barang2 lain..letak time kawen nanti la. baru boleh menambahkan bilangan anak..eh silap..menambah bilangan hantaran masa kawen. :p


p/s: menyesal tak snap gambar bersama encik tunang masa majlis...tetiba jadi malu2 cat..huhu

Thursday, January 7, 2010

dia demam.....


encik tunang tercinta demam... :(
semoga cepat sembuh bi...




ai dengan encik tunang.. <--gambar ini ditempek di belog
setelah seseorang@kawan anah (kuwe) tanya mana gambar encik tunang...


p/s: cerita pasal hantaran segala bagai, nanti la yea cik ainz tulis..agak bzbodi=sibuk di tempat keja..chewahhh :p

Tuesday, January 5, 2010

cik ainz dah bertunang....

Seperti yang ai bagitau sebelum ni, ai nak cerita pasal majlis pertunangan ai yang berlangsung pada 01.01.10 lalu. Majlis bermula selepas solat jumaat dengan majlis tahlil dan jamuan makan tengahari untuk tetamu2 dari masjid. rombongan encik tunang ( waktu tu masih en.biskut lagi.. =p) sampai lebih kurang jam 3.30pm...agak lewat..huhu. depa lambat, ai yang kelaparan sebab nak makan, takut makanan lekat celah besi..(malas nak pi gosok gigi selepas muka tebal dengan mekap..) *sengih*

cik ainz malas nak cerita panjang lebar..layan je gambar2 ni...layannnnn


sebelum majlis bermula..neves... *sengih*





Opah Dah..sebelah arwah abah sarung cincin risik...
neves jugak....




Opah Ramlah...sebelah mama sarung cincin tunang....
masih neves.....




lihatlah jari ai yang saiz kanak2.... *sengih*






mama encik tunang...bakal mak mertua ai la...
malu.... *sengih* <--malu2 cat...




kat kanan ai, mak faizah...kat kiri ai, mak fauziah..
~ai ada dua mak..tapi bukan sebab bapak ai kawen dua...ok!~




cik ainz tersangat gembira selepas dah selamat jadi tunang en.mirzanizam.... <--gatal *sengih* dan *sengih* lagi....




xmampu nak upah 'lelaki kamera' @ cameraman, ai ambil gambar sendiri guna hp ai yang agak canggih....hehe *sengih*



p/s: next post ai nak cerita pasal hantaran segala bagai pulak...

Monday, January 4, 2010

selamat tahun baru...

selamat tahun baru semua!!! (haha...ayat macam ramai je yang jengah dan singgah belog ni). kepada sesiapa yang ber-azam baru, selamat merealisasikan azam baru, kepada sesiapa yang azam tahun lepas masih kandas, sila teruskan usaha merealisasikannya..ok?

p/s: cik ainz nak story pasal majlis pertunangan cik ainz tapi takdak idea macam mana nak mula, jadi lain kali la ye...jumpa lagi...