Sunday, January 31, 2010

jalan2 hujung minggu

hujung minggu baru2 ni cik ainz balik kampung. konon2 nak pi snorkeling kat kolam udang abah cik ainz, tapi tak jadi. :p <---ayat untuk menambah perisa cerita.

hari sabtu, mak abah cik ainz ajak pergi buang duit dekat kuala sepetang @ port weld. <---ayat untuk menambah perisa cerita lagi.




encik abah nak beli pukat untuk buat pagar keliling kolam udang sebab kolam udang telah diserang secara dasyat oleh keturunan memerang. haishhh....kesian bapak ai. tiap2 malam kena men polis sentri eh silap...kena pergi meronda kat kolam, men kejar2 ngan memerang.. :p


pokok2 bakau sepanjang jalan ke port weld


sebelum pergi beli pukat, ai, mak ai, ngan abah ai pi makan mee udang mak jah yang dah masuk tb tu. tapi disebabkan tekak cik ainz tak berapa boleh terima mee kuning tu, cik ainz order kue teow udang. udang banyak2..besaarrr punyaaaaaa... tak percaya? tengok bukti la..




ni yang biasa..kalau yang spesel lagi banyak udang...





tgk la abah ai makan, tak tengok dah kiri kanan..






ni mak ai...sama la,ralit je kopek udang..







udang terakhir.....tq bapakku kerana sudi melayan kerenah anakmu yang sibuk nak posing tima makan... *sengih*






lepas makan, kitorang pergi pekan kuala sepetang. jalan2 lepas beli pukat, cik ainz jumpa ni...
.
.
.
.
.
.
signboard stesen keretapi port weld 1885





alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. alang-alang pergi port weld, marilah kita cari seafood yang segar dari ladang.. *sengih*





view dari jeti...






ni pun view dari jeti...

masa ni, mak cik ainz tengah menyibukkan diri memilih ketam2 segar..murah2, sekilo baru rm 10. mak ai cakap, kalau kat pasar, sekilo rm16.




selepas beberapa lama memilih, dapat la lebih kurang 3 kilo! kenduri ketam la balik rumah nanti... *sengih*


p/s: cik ainz dah jumpa knife untuk rubber carving. tapi takdak la sama macam dalam blog mangosteen tu. nanti next entry ai tunjuk my first hand carved rubber stamp eh'

No comments:

Post a Comment