Friday, February 19, 2010

menunggu

cik ainz sedang menunggu ni..


tunggu siapa?



tunggu apa?

















cik ainz tengah tunggu pakcik driver bas transnasional...

cik ainz nak balik kampung la...

kat penang sentral, butterworh neh. sempat lagi kau berbelog ye ainz kat stesen bas tu.

pakcik bas...cepat la. saya nak balik. cik ainz jerit...tapi dalam hati jela..huhu

bersama mencipta memori

salam kepada anda-awak-kamu-kau yang sudi menghabiskan masa menjengah belog ai yang tak semenggah ni. entry kali ni pasal cik ainz dan encik tunang mencipta memori berkasih bersama. haha mesti ada anda-awak-kamu-kau yang tak suka kan? tak suka takpe, tak payah baca. g tido..

last monday, 15 feb, tengah mood cuti-cuti Malaysia, encik tunang ajak pergi jalan-jalan naik keta <---ayat macam ni sebab kitorang tak jalan pergi sana, kitorang naik keta. betula la kan? *sengih*

oppss..cerita tak habis..jalan-jalan pergi tanah tinggi cameron atau bahasa orang kampung cik ainz, cameron highlands. *sengih* lagi...dan lagi.

waaaa...menyesal pon ada pergi time chinese new year, jalan sesak kalah jambatan Pulau Pinang time orang balik kerja. huhu. untuk pergi tempat yang jaraknya lebih kurang 21km boleh ambil masa dekat 2jam. gila tak gila. tapi walaupun penat, (wei,ingat duduk sebelah kiri tu tak penat ke? lenguh tulang punggung duduk lama-lama tau.) cik ainz dan encik tunang tetap gembira. kalau tak percaya, tengok gambar la. bukti tu...





balik-balik kat sini jugak la kau amek gambar ainz tiap kali datang cameron...haishhh




sini lagi...kat pagar je, guest je boleh masuk taman dalam tu




dengan encik tunang di tepi tingkap rumah orang..seb baik tuan rumah tak jirus air




ni encik tunang saya...

















kat belakang yang warna hitam tu orang panggil pasung...untuk pesalah-pesalah dolu2 kot











semua gambar di atas di ambil di kawasan Smoke House



jom jalan-jalan tempat lain pulak...





bersama butterhead...nama sayur hijau ni




sebelum balik, sempat singgah ladang boh, tapi dah tak boleh pergi tea shop dia, dah tutup.



masa nak turun tu, hari dah gelap. yela, dah malam. tapi, yang bestnya, dapat tengok ladang-ladang kat situ bercahaya dengan lampu-lampu yang penuh satu ladang. sangat cantik.
nak pasang lampu banyak-banyak macam tu kat rumah boleh tak? *sengih*

tak sempat singgah banyak tempat sebab jalan sangat sesak, kitorang dah terperangkap kat tengah jalan sangat lama. lain kali nak pergi lagi la. nak borong sayur+strawberi+oren banyak-banyak...en.bi, nanti kita g lagi tau... *sengih*




p/s: gambar ai je banyak sebab encik tunang kata tak macho amek gambar ngan bunga. alasan, pokok banyak je kalau taknak ambil gambar ngan bunga. kan? kan?

Thursday, February 18, 2010

kenapa? why?

hati tak tenang...
hati tak tenteram....
rasa sakit...
rasa benci...
meluat segala ada...
haishhhh





p/s: mood sgt2 xok

Wednesday, February 10, 2010

lelaki durjana...

lelaki itu sangat durjana...ada ke patut dia ceroboh rumah sewa cik ainz...haishhhh. dah la budak-budak rumah saya comel-comel dan cantik-cantik belaka <---termasuk cik ainz ke? :p

masa cik ainz tengah bersungguh-sungguh carving pemadam dekat lab, bukan curi tulang tapi memang hari ni takdak kerja cik roomate called bagitau ada lelaki durjana masuk rumah. dengan sepantas kelajuan cahaya, cik ainz sampai rumah. kalau la boleh macam tu..huhu.

sampai rumah, cik ainz buat sepot cek ala-ala warden asrama kot-kot ada barang hilang. setelah dipastikan oleh cik osmet, seutas gelang emas+kristal dah selamat lelaki durjana @ pencuri jahat tu bawa lari. rugi....

cik ainz + cik rumet + cik osmet pergi buat police report. mula-mula dekat balai polis sungai nibong, lepas tu kena buat report lagi dekat balai polis jelutong kat bahagian siasatan jenayah. polis datang rumah ambil gambar tempat kejadian katanya. pakcik polis + encik polis + cik rumet pergi ofis EMC kat bawah rumah, nak mintak tengok rakaman cctv kot-kot boleh nampak pencuri jahat tu, sekali cik pekerja kat ofis tu cakap, 'aiyaa...cctv rosak maa..' sungguh hampeh, dah tau rosak, apsal tak baiki ha???


polis tak boleh nak buat apa sebab cik rumet tak cam muka pencuri jahat tu. ok, cik rumet ada kat rumah masa pencuri jahat tu masuk. nasib baik dia tak buat apa-apa kat cik rumet, lappy kegemaran cik ainz pon selamat. lega jugak la..


jadi, selepas kejadian yang agak menakutkan ni terjadi, semua budak-budak comel dalam rumah cik ainz dah mula takut. nak cari mana ye padlock yang sangat hebat? mahal tak? huhu



p/s: masih belum rajin nak buat entry pasal hasil rubber stamp yang cik ainz ukir sendiri..nanti-nanti la ye..sabar tau..

Saturday, February 6, 2010

............

tarikh tu makin dekat...
makin dekat tarikh tu, makin kuat ingatan aku terhadap kenangan lalu...
kenangan yang sangat menyakitkan...
yang hampir membuat aku putus asa..
satu persoalan sering bermain difikiran..
akan berulangkah peristiwa yang menyakitkan itu?
aku takut...
takut tak dapat memberi peluang lagi...
takut tak dapat memberi kemaafan lagi...
takut untuk merasa sakit lagi.....
Ya Allah....Kau tenangkanlah hatiku..