lelaki itu sangat durjana...ada ke patut dia ceroboh rumah sewa cik ainz...haishhhh. dah la budak-budak rumah saya comel-comel dan cantik-cantik belaka <---termasuk cik ainz ke? :p
masa cik ainz tengah bersungguh-sungguh carving pemadam dekat lab, bukan curi tulang tapi memang hari ni takdak kerja cik roomate called bagitau ada lelaki durjana masuk rumah. dengan sepantas kelajuan cahaya, cik ainz sampai rumah. kalau la boleh macam tu..huhu.
sampai rumah, cik ainz buat sepot cek ala-ala warden asrama kot-kot ada barang hilang. setelah dipastikan oleh cik osmet, seutas gelang emas+kristal dah selamat lelaki durjana @ pencuri jahat tu bawa lari. rugi....
cik ainz + cik rumet + cik osmet pergi buat police report. mula-mula dekat balai polis sungai nibong, lepas tu kena buat report lagi dekat balai polis jelutong kat bahagian siasatan jenayah. polis datang rumah ambil gambar tempat kejadian katanya. pakcik polis + encik polis + cik rumet pergi ofis EMC kat bawah rumah, nak mintak tengok rakaman cctv kot-kot boleh nampak pencuri jahat tu, sekali cik pekerja kat ofis tu cakap, 'aiyaa...cctv rosak maa..' sungguh hampeh, dah tau rosak, apsal tak baiki ha???
polis tak boleh nak buat apa sebab cik rumet tak cam muka pencuri jahat tu. ok, cik rumet ada kat rumah masa pencuri jahat tu masuk. nasib baik dia tak buat apa-apa kat cik rumet, lappy kegemaran cik ainz pon selamat. lega jugak la..
jadi, selepas kejadian yang agak menakutkan ni terjadi, semua budak-budak comel dalam rumah cik ainz dah mula takut. nak cari mana ye padlock yang sangat hebat? mahal tak? huhu
p/s: masih belum rajin nak buat entry pasal hasil rubber stamp yang cik ainz ukir sendiri..nanti-nanti la ye..sabar tau..
moving forward.
8 years ago
No comments:
Post a Comment