Wednesday, March 31, 2010

sabah...here i come...(part 3)

hari kedua, 28mac. pagi2 lagi dah bangun. yela, subuh pukul 5 kau. 6.30pg dah keluar rumah dengan tujuan menghabiskan duit mummy kat tamu @ pasar minggu. gelang kristal dengan mutiara tergantung-gantung macam bawa maksud 'meh la beli aku' huhu. tapi harga mahal sikit dari harga kat pasar malam. boleh je mintak murah tapi kena usaha lebih la.

sisa-sisa semangat menghabiskan duit masih ada. mummy borong lagi. ai pun tolong habiskan duit jugak. *sengih*

tapi tak banyak yang ai beli. tak banyak ke kalau gelang mutiara 3 + butang baju melayu 2 + pin 15 + pashmina lagi. huh. tak banyak kata kau.

shopping sambil pose sebelum pergi kenduri akak kat kompleks tabung haji jam 11 nanti.

layan gambar yukk....





kat gerai jual barang krafkaki eh kraftangan...




ngan mummy....




cik ainz+haikal+kak nunik+mummy



pukul 10.30 baru bertolak balik rumah. mandi. bersiap. solek2 segala. pukul 11 gerak pergi kompleks. orang semua dah sampai. tapi tak dikira lewat sebab pengantin belum sampai. makan-makan sambil tengok joget lambak.

pengantin sampai lebih kurang pukul 12. ada dua pasangan. akak+ abg ipar dengan adik abg ipar+wife dia. <---pahamkan pe yang cik ainz maksudkan? hoho. sanding, merenjis segala baru makan. lepas makan baru ambil gambar dengan family. lebih kul 1.30 kitorang balik umah abg tahir. penat. nanti nak jalan lagi. layan gambar lagi...




gambar dalam cermin....




slr xde...olympus besa2 pun jadi la...



gambar pengantin ngan majlis tak banyak sebab kamera tak berapa canggih. gambar indoor agak gelap. lagipun malas nak bangun pergi depan amek gambar pengantin. huhu.



haikal...auntie rindu la.. (^-^)




p/s: entry sabah...here i come belum tamat. nantikan next part, ok.

Tuesday, March 30, 2010

sabah...here i come...(part 2)

update yang terlewat. huhu. malam sabtu, 27 mac abg tahir + kak nunik + haikal + mummy + cik ainz pergi pasar malam dekat kk. exactly location ai tak pasti, mungkin dekat tapak pasar phillipine. sangat rambang mata tengok segala gelang kristal brooch mutiara yang bagi orang semenanjung macam ai ni - murah. sangat murah. brooch yang ai beli dengan kakak mana entah masa konvo dulu tu rm40 dekat sana baru rm15. gila kau berapa banyak kakak tu untung. belum lagi gelang-gelang kristal segala yang boleh dapat dengan harga tak sampai 5 hengget.


mummy ai borong sakan. bukan mummy je, makcik2 ai, kakak2 ai, pakcik2 ai pun sama je memborong sampaikan bagasi dua troli jadi tiga troli masa kat airport. tapi tu termasuk segala ikan masin bagai la. pasal ikan masin, nanti cik ainz story kat next entry ye.


malam tu je ratus2 duit mak ai bagi kat kat akak2 n abang2 kat pasar tu. cik ainz? tak keluar satu sen pun sebab gaji belum masuk. duit takde. alasan. my mummy jadi my personal banker. pakcik ai pun kena pow dengan ai. jahat kan ai ni. baru sedar ke?


dalam dok sibuk membeli untuk diri sendiri tu, mummy tanya 'eh,untuk bakal mak mertua ang beli apa?' oh. ai lupa. bakal2 adik ipar juga. pilih punya pilih. fikir punya fikir. ai beli set rantai + gelang mutiara untuk 'mama'. tapi ai tak nak tunjuk kat awak+korang+kau semua. rahsia. *sengih*

untuk bakal adik2 ipar, ai beli kat tamu atau kat sini kita panggil pasar minggu.

aha, bukan setakat gelang + brooch je ai beli malam tu, ai beli beg. LV! ha ha ha. of course la bukan ori. mana nak cekau duit riban-riban buat beli LV.


pukul 10.30 baru kitorang balik. awal lagi? huh..takda maknanya awal lagi. kira dah agak lewat tu sebab esoknya kena bangun awal. subuh pukul 5am kau. kat sini pukul 6.30 pun terkial-kial nak bangun kat sana 6.15 dah syuruk. hailo. nak tido la. esok jam 6.30am nak pergi tamu lak.




antara barang2 yang ai ngan mummy borong malam tu.

Saturday, March 27, 2010

sabah...here i come...

yeah...finally. akhirnya. cik ainz menjejakkan kaki di sabah negeri di bawah bayu buat kali pertama. first time. juga first time naik flight! sungguh jakun. ha ha ha. layan gambar jom.....




masa sampai di lcct sebelum check-in






sempat lagi pose depan flight AK 5104






dalam flight..





view dari tingkap...masa baru naik..rumah2 macam kotak mancis. kecik.





view dari tingkap - 2 ...awan






ai duduk dekat wing...nampak awan je. cantik.





awan lagi....





dah nak sampai. nampak laut.




laut dan awan. biru. putih. cantik.



sepatutnya kitorang sampai KKIA (Kota kinabalu international airport) jam 1.40pm tapi sebab flight delay kitorang sampai lebih kurang jam 2.30pm. sampai je kkia, abang tahir anak angkat mak ai dengan pakcik2 abg ipar dah tunggu kitorang. ai dengan mummy ikut abg tahir balik umah diorang kat kampung inanam laut. ok lah, ai nak tidur. nanti next entry cerita pasal pompuan jakun cik ainz le tu kat kk lg ye.





p/s: diz entry have no p/s :p

Friday, March 26, 2010

gerimis mengundang.....rasa lapar

ai dalam bas.
sempat lagi tulis entry ni... *sengih*

hujan kat sesetengah tempat. ayat tak boleh blah. macam penyampai kaji cuaca kat rtm...haha
lapar sungguh la. beli hanjing panas (bukan nama sebenar) di tempat yang dirahsiakan. huh. ada sos dan sebatang sosej je..sangat la tak menepati citarasa. lapar....





hujan macam ni buat perut yang lapar bertambah lapar.
lokasi: jambatan pulau pinang






termenung mengenangkan perut yang lapar dan hotdog (nama sebenar) yang macam nak tak nak je jual. huhu



akhirnya...sampai simpang pulai ai dapat pau seketul. excited sebab pau ayam kegemaran tapi sekali lagi perut ai kecewa....tak menepati citarasa jugak...


cepat la sampai umah mak...ai sangat lapar.... (*.*)



p/s: esok nak g sabah bah...hehe

teruja ke tak teruja??

jenguk-jenguk blog B2B yang lain..

rasa macam terlebey excited...
apsal asyik guna perkataan 'terlebey' je 2 3 hari ni? bukan stacy ke yang suka 'terlebey sudaa..' tu? tempias dapat abg ipar orang sabah kot..huh, out of topic lak..


kembali ke topic asal, tenguk B2B lain seronok buat preparation untuk majlis dorang...

ai takde pape pun...bukan sebab ai tak excited
(dah mention tadi kan ai dah terlebey excited mana leh jadi tak excited lak)


tapi sebab tarikh majlis belum pilih, belum bincang, belum decide, belum ada...apa2 jelah yang pasti.....


AKU TAK TAU BILA AKU NYER TARIKH KAWIN

sangat sedih sebab tak boleh nak join B2B lain wat preparation segala n excited sama-sama


nak balik la....daa...



Thursday, March 25, 2010

teruja macam kanak-kanak dapat cekelat....


ai excited...ai terlebey excited.....



sebab...
.
.
.
.
.
.
.
.


ni la.....



excited nak pergi sabah....


excited nak naik kapal terbang sebenarnya... *sengih*


ai kan orang kampung, duit pun tak berapa ada, mana mampu nak naik kapal terbang macam naik rapid penang...


en. driver kapal terbang (pilot) dan cik2 serta encik2 konduktor kapal terbang (pramugari+pramugara) sila nantikan kehadiran cik ainz yang jakun hari sabtu ni yea...


p/s: terlebey sudaaa..... (^.^)

Wednesday, March 17, 2010

Tranformasi yang dinanti....

salam eberibadi (everybody)..... rasa macam lama sangat dah cik ainz tak mengarut+menulis+menaip entry baru untuk belog kesayangan yang dah bersawang ni. kali ni cik ainz nak cerita pasal tranformasi dalam hidup kakak cik ainz. tranformasi yang cik ainz kira sebagai yang terbesar dalam hidup - dari seorang cik menjadi seorang puan. :) nak baca kisah cinta depa, tengok sini ye..

cik ainz nak cerita pasal kenduri je. majlis akad nikah diadakan pada 13 mac 2010 (besday kakak ai - kechik).

malam tu ada malam berinai walaupun pengantin dah pakai inai malam2 sebelum tu..dulu cik ainz ingat malam berinai tu pengantin pakai inai. *sengih* kau je yang taktau ainz, orang lain semua tau.


rupa-rupanya pengantin duduk atas pelamin sanding-sanding segala. ada satu sejarah tercipta malam tu. semua yang menepung tawar pengantin kena berlakon sebab air mawar + bunga rampai takdak. mak bapak ngan family semua pakat-pakat berlakon la merenjis segala. haha..memang sejarah. *sengih*

majlis sanding@kenduri diadakan pada 14 mac 2010. thanx to my bi cayang yang sanggup datang dari ipoh untuk attend majlis kakak ai. luv you bi...poyo la kau ainz..

thanx jugak untuk cik nad sekeluarga yang datang tapi mintak maap la tak dapat layan sebab agak sibuk melayan tetamu. to my cikgu n my pakcik, terima kasih jugak sebab datang memeriahkan majlis.

penat la nak tulis banyak-banyak. bukan korang nak baca pun. layan gambar jela.....


ai dengan kakak ai -kechik





masa malam berinai..nampaknya abang ipar dah tak sabar sampai menjeling kakak ai kat sebelah... *sengih*







lakonan menepung tawar terhebat... *sengih*





family ai...tak cukup sorang - rafiq







masa pengantin sampai. adik ai jd pengepit.. *sengih*







ai jadi tukang bawa bunga manggar. pehal ntah tetiba aku kena bawa bunga manggar nie..








cik ainz cuba menyorok muka yang berjerawat disebalik wedding cake





nak tunggu pelamin sendiri tak tau bila, tumpang pelamin orang la dulu..





p/s: bila ntah nak cerita pasal majlis sendiri....:(

Friday, March 5, 2010

berabuk, bersawang segala....

haishhhhh....
sangat kemalasan dan keputusan idea untuk menghupdate belog..
dah berabuk belog ai...
sawang pon ada....
haila.....


nanti2 la bila2 ai rajin...
ai nak balik kampung ni...
diz sunday besday mummy ai...
yang ke-60..
wah..mummy dah tua...
hehehe ampun mummy...





ni la mummy ai...xmacam orang umur 60 kan? kalau kata 40-an pun mesti orang percaya...ai bukan nak bodek mummy ai la...