Tuesday, March 30, 2010

sabah...here i come...(part 2)

update yang terlewat. huhu. malam sabtu, 27 mac abg tahir + kak nunik + haikal + mummy + cik ainz pergi pasar malam dekat kk. exactly location ai tak pasti, mungkin dekat tapak pasar phillipine. sangat rambang mata tengok segala gelang kristal brooch mutiara yang bagi orang semenanjung macam ai ni - murah. sangat murah. brooch yang ai beli dengan kakak mana entah masa konvo dulu tu rm40 dekat sana baru rm15. gila kau berapa banyak kakak tu untung. belum lagi gelang-gelang kristal segala yang boleh dapat dengan harga tak sampai 5 hengget.


mummy ai borong sakan. bukan mummy je, makcik2 ai, kakak2 ai, pakcik2 ai pun sama je memborong sampaikan bagasi dua troli jadi tiga troli masa kat airport. tapi tu termasuk segala ikan masin bagai la. pasal ikan masin, nanti cik ainz story kat next entry ye.


malam tu je ratus2 duit mak ai bagi kat kat akak2 n abang2 kat pasar tu. cik ainz? tak keluar satu sen pun sebab gaji belum masuk. duit takde. alasan. my mummy jadi my personal banker. pakcik ai pun kena pow dengan ai. jahat kan ai ni. baru sedar ke?


dalam dok sibuk membeli untuk diri sendiri tu, mummy tanya 'eh,untuk bakal mak mertua ang beli apa?' oh. ai lupa. bakal2 adik ipar juga. pilih punya pilih. fikir punya fikir. ai beli set rantai + gelang mutiara untuk 'mama'. tapi ai tak nak tunjuk kat awak+korang+kau semua. rahsia. *sengih*

untuk bakal adik2 ipar, ai beli kat tamu atau kat sini kita panggil pasar minggu.

aha, bukan setakat gelang + brooch je ai beli malam tu, ai beli beg. LV! ha ha ha. of course la bukan ori. mana nak cekau duit riban-riban buat beli LV.


pukul 10.30 baru kitorang balik. awal lagi? huh..takda maknanya awal lagi. kira dah agak lewat tu sebab esoknya kena bangun awal. subuh pukul 5am kau. kat sini pukul 6.30 pun terkial-kial nak bangun kat sana 6.15 dah syuruk. hailo. nak tido la. esok jam 6.30am nak pergi tamu lak.




antara barang2 yang ai ngan mummy borong malam tu.

No comments:

Post a Comment