Wednesday, May 26, 2010

menangkap hantaran part 1

salam....
hm..hari ni cik ainz nak curi masa sikit untuk belog yang dah agak bersawang ni...cik ainz nak cerita pasal 'resakse dan biskut'... *sengih*

tak la. ai nak cerita pasal menangkap hantaran dihujung minggu. hari sabtu lepas, ai dengan encik tunang keluar berpoya-poya tapi niat baik, nak tangkap barang hantaran..hehe

sebelum ke Ipoh, kitorang pergi menjamu perut dulu kat gerai kecik di tepi bangunan UMNO di pekan Lenggong. ni antara kedai peberet ai masa kecik2 dulu walaupun sekarang pun masih kecik...hehe. sudi-sudikan la tengok gambar kitorang...



ni la kuew tiau goreng feveret zaman kecik dulu...





bila perut dah kenyang, baru la boleh meneruskan agenda yang dirancang-jumpa mak andam untuk tengok2 baju dan bayar deposit-tak dapat jumpa sebab dia keluar mekap pengantin kat kampung mana ntah.

jadi, kitorang terus membawa diri ke Ipoh- nak beli barang hantaran. ai bajet tak nak beli ape2 lagi sebab gaji belum masuk tapi encik tunang nak beli dah sebab gaji dia dah masuk. sangat jeles dengan beliau. huhu

barang hantaran untuk ai yang berjaya ditangkap oleh encik tunang:
handbag
kasut

perfume


tapi ai pun berjaya tangkap 1 hantaran untuk encik tunang:
kasut

sangat jeles dengan encik tunang sebab beliau dah berjaya tangkap 3 hantaran. ai baru 1. xpe, minggu depan kita g tangkap hantaran lagi ye encik tunang sayang..hehe

hari ahad tu ai sempat pergi jumpa mak andam untuk bayar deposit. wahhhh, sangat murah daripada bajet yang ai dah buat. kalu macam ni, boleh la ai beli kain baju nikah yang mahal sikit. hehe

petang tu masa tunggu bas nak balik Penang, sempat sms dengan encik tunang.

cik ainz: bi, tadi ayang dah bayar deposit kat cina tu. murah je. mekap 3x + baju baru 2 pasang + aksesori nikah = rm*** je. ayang byr deposit rm200 tinggal lagi rm***.
encik tunang:
ok la tu. tdi bi pergi beli barang untuk hantaran dengan mama ng opah.
cik ainz: barang ape? ada offer best ke?
encik tunang: dulang lapik hantaran dengan paper bag untuk tetamu.

cik ainz terdiam..huhu. gila semangat encik tunang dah beli paper bag segala. huhuhu



dah habis cerita pasal menangkap hantarn part1. jom layan gambar yang sempat snap masa otw nak balik penang hari ahad tu...layanzzzzz




Tuesday, May 25, 2010

tak dapat jalan-jalan..

dah lama tak dapat jalan2 kat belog orang len...
belog sendiri pun tak terbela...
kalau roti, tak makan, mesti nak berkulat...
huhu

QA n Food Processing course ni buat ai sangat sibuk..
nak hupdate belog pun tak sempat...
balik rumah hari2 rasa macam nak demam..
nak masak pun dah tak larat..
tapi perut sangat2 lapar...
huhuhu

Wednesday, May 12, 2010

Hujung minggu di rumah ....

Salam...

Bertemu kita kembali dalam rancangan borak bersama cik Ainz..mengarut apakah engkau cik ainz oi.. *sengih*

Semenjak dua tiga menjak ni entry dalam completing her 'puzzle' ni ai jawab tag dengan terima award je padahal tujuan belog kesayangan ni wujud sebab ai nak cerita pasal segala macam preparation yang ai buat utk Misi 2010 ni. Misi apa? Misi tu la...hehe

Okayh, intro pun dah melalut. Jom kita ke cerita sebenar. Berbalik kepada tajuk, pergh, skema gila ayat ko ainz hujung minggu yang baru je lepas, ai g melepakkan diri di Ipoh. Duduk kat mana? Mana2 yang boleh la. Ai gerak dari Penang pukul 7.15pm then sampai Ipoh lebih kurang pukul 9.45pm. Encik tunang ambik kat stesen bas terus g makan kat dataran. Kenyang.

Aktiviti:

Sabtu...
Dalam kul 10 kitorang (ai dengan encik tunang) keluar. Mula2 kena isi perut dulu. Baru ada tenaga nak berjalan. *sengih*

Tempat pertama kitorang pergi lepas makan, Riamoda dekat ngan dataran. Saja nak survey kain untuk baju nikah. Lagipun sekarang tengah ada promosi. Jalan2 kat tingkat 1, wahhhhh banyaknye kain cantik. Tapi harga pun cantik walaupun dah diskaun. huhu. Jalan2 lagi, jumpa la kain ni...


Cantik. Biru putih. Ai ni dah le kipas susah mati kaler biru. Tapi kaler ni sama ngan warna tema untuk kenduri, so xjadi la nak ambil yang ni. Jom cari lain... sambung jalan2...jumpa kain ni pulak...




Mula2 tengok dah jatuh hati. Ibarat cinta pandang pertama la. *sengih*
Beads dia kaler coklat gold. Encik tunang pun suka. Nak beli yang ni la. Tapi, tak beli lagi sebab niat hari tu memang nak pergi tengok2 je. Ok cik promoter riamoda, sebelum 8jun ai ngan encik tunang akan muncul di depan anda untuk 'menangkap' kain tu. haha.

Ok, dah habis cerita pasal kain untuk baju nikah. Keluar je dari Riamoda, kitorang pergi GM. Jalan2 tengok cincin. Punya la susah nak jari cincin saiz jari ai yang comey ni. Selama ni, mati2 ai ingat saiz cincin ai 7, rupa2 nya saiz 6 je? Kecik gila jari ai....tapi macam sebelum ni jugak, xde niat nak beli pun lagi, tengok2 je kak. Itu la dialog ai hari tu. haha

Dari GM, kitorang pergi satu kedai ni. Niat dihati tak nak berpisah nak survey baju pengantin, sekali orang kat kedai tu cakap, wa xsenang la. Tak senang xpelah amoi, ai boleh cari kedai lain lorrr...apa punya layanan da. Hampessss sungguh

Jadi, kami pun membawa diri ke Medan Gopeng, nak beli tiket untuk ai balik Penang ahad nanti. Then, g makan n beli tiket wayang citer Ironman2 untuk malam tu. Sekarang, kita pergi ke VRC, kalau tak silap nama kedai la. Saja nak g tengok2 bunga telur, paper bag dan segala mak nenek favours kat situ. Wahhhh ada promosi jugak. Paper bag murah2. Bunga pahar tu ada yang xsampai singgit sebatang pun ada. Yang sama cam bajet ai pun ada. Bagus2. Nanti kena ajak mummy datang sini la. Gambar xde sebab tak rasa nak ambil gambar pun. huuu

Sekarang, kitorang dah penat. Nak balik. Tidur. Sampai rumah, tak boleh tidur sebab mak sedara encik tunang ajak datang rumah dia. Kena pergi jugak. Lepas maghrib, kitorang keluar lagi sebab nak g tengok lelakibesi. huhu. Balik lewat sebab kena tunggu kezen encik tunang kat stesen ketapi Ipoh.

Sambung cerita untuk hari ahad lak...

Ahad....
Pagi tak buat apa. Bangun lambat. Tak sedar. Habis lah reputasi ai jatuh di depan mertua. haishhhh. Tengahari pergi kenduri pakcik Hasan, kawan abah encik tunang. Lepas makan, kitorang pergi rumah mak sedara encik tunang. Duduk sat je, pastu balik rumah sebab petang tu kitorang dah janji dengan OP kitorang, Lukman@Net nak jumpa. Bincang2 pasal photoshoot, tetapkan tarikh untuk pre wedding photoshoot dan segala tema. Then, encik OP ajak ai ngan encik tunang pergi shoot saja2 seronok konon2 praktis kat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Hei, ingat kat situ penuh dengan orang yang 'bahagia' tu je ke? Ada tempat best tau nak shoot kat situ. Tak caya? Tengok la gambar manja ai dengan encik tunang. *sengih*


Ini la antara gambar yang kitorang ambik kat situ. Kelakar la nak pose. Manja la gedik la. Mana la ai reti. Kalau gaya kaber macho ai reti la. Ahaks..

Wah, dah pukul 6 petang, ai nak kena balik bersiap. Bas kul 7.30pm nak balik Penang. Rasa cam xnak balik la... *sigh*



p/s: credit to our OP for the nice pic walaupun ai xreti pose manja gedik tu..haha

Tuesday, May 4, 2010

Wasiat dari Orang Kaya Kpg Sepening Lalat...

salam....
ai dapat lembu sekor. kira rezeki orang nak kawen la ni kot. *sengih*

dah berapa hari dah sebenarnya cik dayah suruh ambik lembu ni tapi sebab ai xtau nak tambat tang mana, ai biar je cik dayah jaga dulu lembu ni. sekarang ai dah jumpa mana nak tambat lembu ni... padang USM. hahaha. ala, sat je, nanti balik kampung, ai bawak la balik kampung naik bas. muat ke?

tapi, sebelum dapat jadi tuan lembu ni, kena penuhi syarat kelayakan dulu la.

1. Thank & link the person that gave you the cow
Thanks to cik Dayah

2.
Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau 7 paling tak active..hahaha
-cik nad
-cik su
-cik muna
-cik nadia
-cik fana
-cik chenta
-cik ina

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat
ha awak-kamu-kau, ni ha ambik lembu ni wasiat dari orang kaya kg sepening lalat. jgn korang yang pening lalat sudaaa...

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
-baring
-makan
-bercakap


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
-xpernah makan makanan pelik

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook
-314 orang shj...

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...
-biarlah rahsia... *sengih*


korang la pulak jaga lembu ni. ai penat la jaga lembu ni.



cekodok basi..eh cekodok dayah bagi...

salam.... hmm..pg2 cik dayah dah hantar cekodok untuk bekpes. best2. lama dh xmakan cekodok ni. tengok gambar pun dh sedap. huhu.



tapi, sebelum ai dapat makan cekodok ni, ai kena ikut syarat2 yang dah ditetapkan. haishhh. nak makan cekodok pun ada syarat kalau makan mekdi ke kepsi ke mesti lg susah ni. huhu.

syarat2 nye:

1) sila copy gambar - siap!

2)sebutkan nama penghantar cekodok - Dayah

3)bagitau kenapa cekodok menjadi pilihan utk bekpes korang - sebab Dayah bg, ai makan jelah, lagipun dia mana penah masak untuk ai pun. wei dayah, ko reti masak tak???


4)tag ni boleh di post waktu pagi je - 9.05am

5)last sekali, bg cekodok ni kat 4orang kawan lain:
~cik nad
~cik muna
~cik su
~cik n encik ape2 pun boleh ( sesape yang nak cekodok ni, silalah ambil, banyak ni..)

jom makan cekodok reramai....banyak ni. tapi cekodok ni pelik sikit sebab kena cicah sardin? apa pelik bebenor menu ko ni dayah??????


p/s: nanti nak ambik lembu pulak...