Wednesday, May 12, 2010

Hujung minggu di rumah ....

Salam...

Bertemu kita kembali dalam rancangan borak bersama cik Ainz..mengarut apakah engkau cik ainz oi.. *sengih*

Semenjak dua tiga menjak ni entry dalam completing her 'puzzle' ni ai jawab tag dengan terima award je padahal tujuan belog kesayangan ni wujud sebab ai nak cerita pasal segala macam preparation yang ai buat utk Misi 2010 ni. Misi apa? Misi tu la...hehe

Okayh, intro pun dah melalut. Jom kita ke cerita sebenar. Berbalik kepada tajuk, pergh, skema gila ayat ko ainz hujung minggu yang baru je lepas, ai g melepakkan diri di Ipoh. Duduk kat mana? Mana2 yang boleh la. Ai gerak dari Penang pukul 7.15pm then sampai Ipoh lebih kurang pukul 9.45pm. Encik tunang ambik kat stesen bas terus g makan kat dataran. Kenyang.

Aktiviti:

Sabtu...
Dalam kul 10 kitorang (ai dengan encik tunang) keluar. Mula2 kena isi perut dulu. Baru ada tenaga nak berjalan. *sengih*

Tempat pertama kitorang pergi lepas makan, Riamoda dekat ngan dataran. Saja nak survey kain untuk baju nikah. Lagipun sekarang tengah ada promosi. Jalan2 kat tingkat 1, wahhhhh banyaknye kain cantik. Tapi harga pun cantik walaupun dah diskaun. huhu. Jalan2 lagi, jumpa la kain ni...


Cantik. Biru putih. Ai ni dah le kipas susah mati kaler biru. Tapi kaler ni sama ngan warna tema untuk kenduri, so xjadi la nak ambil yang ni. Jom cari lain... sambung jalan2...jumpa kain ni pulak...




Mula2 tengok dah jatuh hati. Ibarat cinta pandang pertama la. *sengih*
Beads dia kaler coklat gold. Encik tunang pun suka. Nak beli yang ni la. Tapi, tak beli lagi sebab niat hari tu memang nak pergi tengok2 je. Ok cik promoter riamoda, sebelum 8jun ai ngan encik tunang akan muncul di depan anda untuk 'menangkap' kain tu. haha.

Ok, dah habis cerita pasal kain untuk baju nikah. Keluar je dari Riamoda, kitorang pergi GM. Jalan2 tengok cincin. Punya la susah nak jari cincin saiz jari ai yang comey ni. Selama ni, mati2 ai ingat saiz cincin ai 7, rupa2 nya saiz 6 je? Kecik gila jari ai....tapi macam sebelum ni jugak, xde niat nak beli pun lagi, tengok2 je kak. Itu la dialog ai hari tu. haha

Dari GM, kitorang pergi satu kedai ni. Niat dihati tak nak berpisah nak survey baju pengantin, sekali orang kat kedai tu cakap, wa xsenang la. Tak senang xpelah amoi, ai boleh cari kedai lain lorrr...apa punya layanan da. Hampessss sungguh

Jadi, kami pun membawa diri ke Medan Gopeng, nak beli tiket untuk ai balik Penang ahad nanti. Then, g makan n beli tiket wayang citer Ironman2 untuk malam tu. Sekarang, kita pergi ke VRC, kalau tak silap nama kedai la. Saja nak g tengok2 bunga telur, paper bag dan segala mak nenek favours kat situ. Wahhhh ada promosi jugak. Paper bag murah2. Bunga pahar tu ada yang xsampai singgit sebatang pun ada. Yang sama cam bajet ai pun ada. Bagus2. Nanti kena ajak mummy datang sini la. Gambar xde sebab tak rasa nak ambil gambar pun. huuu

Sekarang, kitorang dah penat. Nak balik. Tidur. Sampai rumah, tak boleh tidur sebab mak sedara encik tunang ajak datang rumah dia. Kena pergi jugak. Lepas maghrib, kitorang keluar lagi sebab nak g tengok lelakibesi. huhu. Balik lewat sebab kena tunggu kezen encik tunang kat stesen ketapi Ipoh.

Sambung cerita untuk hari ahad lak...

Ahad....
Pagi tak buat apa. Bangun lambat. Tak sedar. Habis lah reputasi ai jatuh di depan mertua. haishhhh. Tengahari pergi kenduri pakcik Hasan, kawan abah encik tunang. Lepas makan, kitorang pergi rumah mak sedara encik tunang. Duduk sat je, pastu balik rumah sebab petang tu kitorang dah janji dengan OP kitorang, Lukman@Net nak jumpa. Bincang2 pasal photoshoot, tetapkan tarikh untuk pre wedding photoshoot dan segala tema. Then, encik OP ajak ai ngan encik tunang pergi shoot saja2 seronok konon2 praktis kat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Hei, ingat kat situ penuh dengan orang yang 'bahagia' tu je ke? Ada tempat best tau nak shoot kat situ. Tak caya? Tengok la gambar manja ai dengan encik tunang. *sengih*


Ini la antara gambar yang kitorang ambik kat situ. Kelakar la nak pose. Manja la gedik la. Mana la ai reti. Kalau gaya kaber macho ai reti la. Ahaks..

Wah, dah pukul 6 petang, ai nak kena balik bersiap. Bas kul 7.30pm nak balik Penang. Rasa cam xnak balik la... *sigh*



p/s: credit to our OP for the nice pic walaupun ai xreti pose manja gedik tu..haha

5 comments:

  1. hi there..nk cr kaen utk akad nx week kt ipoh..but xbpe tau kdai2 kt ipoh..any suggestion? =) thanx..

    ReplyDelete
  2. hi...i pun xbape tau..cuma tau Riamoda dekat ngan dataran tu je...

    ReplyDelete
  3. Tak reti pulok nak tengok macam mana perempuan kata tu cantik ni cantik. Lelaki sejati kena buta kecantikan sikit. :P

    ReplyDelete
  4. yeke lelaki sejati buta kecantikan kuwe?? abes lelaki yang dok kata pompuan ni cantik pompuan tu cantik lelaki tak sejati ke? :p

    ReplyDelete
  5. wah, cik ainul..semangat yer ko..tp sesibuk korang sempat jugak b'posing..aku ni plak, sbb bleh jumpa tiap2 minggu tu yg xsmpt nak bgmbr sebegini kot...huhuuu..

    ReplyDelete