Tuesday, June 1, 2010

menangkap hantaran part 2

salam...
sabtu lepas cik ainz ngan encik tunang pergi menangkap hantaran lagi. yelah, gaji ai baru masuk, haruslah shopping kan? walaupun shopping barang hantaran tu kira ok la. tapi sebelum kitorang pergi Ipoh (kat sini je kitorang shopping), kitorang singgah resort tasik raban dulu. ai nak g tanya harga bilik kat situ. nak book bilik untuk encik OP nanti.

  1. Chalet Standard (2 single bed) = RM80(hari biasa) / RM90(hujung minggu@cuti am)
  2. Chalet Deluxe (2 single bed + 1 double bed) = RM150(hari biasa) / RM170(hujung minggu@cuti am)
Peralatan bilik : aircond, kipas, iron, fridge, tv etc.

hm...harga ok la tapi nanti nak kena pergi tanya harga bilik kat rest house kat pekan Lenggong pulak sebab kat sini macam takde tempat makan je kecuali kalau nak buat BBQ..hmmmm lagi.

tapi, view sini cantik. yelah, tepi tasik. terus encik tunang cakap nak ambil kamera dalam kereta. layan gambar jom....












destinasi pertama untuk shopping - Jusco. sebelum shopping, haruslah isi perut untuk tambah tenaga. *sengih*

huishhh ramai pulak manusia kat jusco hari tu. food court penuh. terpaksa la makan kat kedai merah-kfc. ai terserempak ngan kawan lama-hanisah hanifah. sempat la tukar2 nombor tepon ngan borak2 sat. lepas makan, g solat dulu. jumpa pulak kawan lama masa matrix-heh. tapi lupa nak mintak nombor tepon. hmm..


dah menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, baru la kitorang teruskan aktiviti yang dirancang-beli set wallet+belt dengan kemeja untuk hantaran. nasib baik encik tunang tak demand nak yang mahal2..hehe. bila dah jumpa yang berkenan dihati, terus ai bayar then keluar dari jusco. nak ke destinasi seterusnya pulak.


destinasi shopping seterusnya - Riamoda. walaupun dulu dah jatuh cinta pandang pertama dengan kain ni, tapi bila pergi lagi sekali, terus lupa cinta lama. hehe. ai meroyan kat situ nak kain lain. sebab? sebab bajet untuk baju sanding ngan mekap ada lebih jadi apa salahnya ai nak beli kain untuk baju nikah yang harga dia lebih sket daripada bajet sebenar kan?

dah puas meroyan kat situ, ai pilih satu kain ni-chiffon. sebab tu je yang ai berkenan dan tak lebih daripada bajet yang ai baru buat.

hari dah petang, encik tunang kena hantar ai balik. hari ni kena balik awal sebab pagi esok encik tunang satu keluarga nak datang rumah ai lagi sebab nak join ai berkubang dalam kolam udang galah abah.

No comments:

Post a Comment